Monday, 4 February 2013

penjagaan MATA







Untuk penjagaan mata yang terbaik, saya ada sedikit petua kepada anda:

1) Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum yang mungkin, kemudian berhenti sekejap, seterusnya gerakkan pula mata ke arah  kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah (julingkan mata), lakukan beransur-ansur dan lajukan perlahan-lahan.

2) Apabila kepenatan kita mengadap komputer selama 2-3 jam, rehatlah sekejap minda, untuk menghilangkan kepenatan pada mata, lihatlah objek yang berwarna hijau kerana hijau itu merehatkan dan menenangkan mata anda. 

3) Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.



Sunday, 27 January 2013

cara tradisional hilangkan PARUT


1- mula mula ambilkan sedikit madu dan dicampurkan dengan bedak sejuk ..in sha allah cara ni berkesan..saya dah buat dah..hehehe

2- ambil sepotong ubi kayu. kupas dan buang kulitnya .bersihkan..parutkan..blend dan perah untuk dapatkan airnya.sapukan air perahan tersebut di muka..lakukan setiap hari selama seminggu.. cuba la dulu..

3- tumbuk sepuluh helai daun sireh muda..tempelkan pada muka terutama bekas jerawat..setelah kering cuci muka sehingga bersih..amalkan sebanyak 3 kali seminggu..

4-kisar timun dan tapis airnya. tampalkan hampas timun pada bekas parut tu..biarkan selama setengah jam..kemudian cuci dengan air suam..

5-rajin basuh muka dengan air suam..

6- basuh muka dengan air basuhan beras..

7-perah buah lemon dan ambil jusnya sahaja .lumurkan jus lemon ke muka 2 kali sehari dan minum jusnya 1 kali sehari.

8-tenangkan diri..jangan biarkan diri anda stress dan ini akan menyebabkan muka berminyak.. faktor BESAR kepada jerawat tumbuh.

9-banyakkan meminum air masak..


#cara2 ni sangat berkesan..PERCAYA LAH.. dan cuba lah dulu..


SENARAI SCHLORSHIP KAT MALAYSIA

Senarai Biasiswa Di Malaysia


Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Jadi, saya harap entri di Oh Malaysia ini dapat memberi panduan kepada anda semua.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh memohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Kuota untuk biasiswa JPA ialah 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera.

2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan untuk biasiswa MARA juga menggunakan laman web yang sama dengan permohonan untuk biasiswa JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Temuduga MARA tidak seperti temuduga JPA di mana temuduga JPA adalah secara berkumpulan manakala temuduga MARA secara individu, face to face dengan dua orang penemuduga.

Ada kursus tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, kursus-kursus lain seperti Perubatan, Bioteknologi, Kejuruteraan, Perakaunan dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA.

Antara JPA dan MARA, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

  • Peluang untuk dapat biasiswa MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.

  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa sepenuhnya walaupun keputusan peperiksaan kurang cemerlang semasa pengajian di peringkat ijazah. Kalau MARA, ada bahagian yang anda kena bayar kalau keputusan peperiksaan tidak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.

  • JPA – anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA – anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja malah di luar negara sekalipun.

  • Jika anda memohon kursus Perubatan, JPA biasanya menawarkan program berkembar/twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula,  biasanya 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.

3. Petronas

Petronas ada menawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila anda dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan kursus yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan perlu bentangkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah mohon biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK, Australia dan lain-lain negara.

Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di luar negara selama 3 tahun dan pulang ke Malaysia untuk buat program pendidikan selama  1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

5. FELDA

Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. Jadi sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.

6. Yayasan TNB

7. Yayasan TM

8. Yayasan Khazanah

9. Yayasan UEM

10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja

11. Bank Negara Malaysia (BNM)

12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

13. Maybank

14. Proton

15. Shell

Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian, Utusan Malaysia atau The Star supaya tidak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

bagaimana nak buat resume ..MUDAH JER!

Now here is the guidelines on how to make a good resume:


1)Tajuk - Nak memudahkan korang tahu biasiswa apa yang korang nak apply.


2)Nama - Ikut dalam IC 


3)Alamat -Ikut dalam IC


4)Nombor telefon - The latest punya.


5)Email - Pastikan korang create satu email yang official dan jangan bubuh nama pelik2 ie : 
sayacantik@yahoo.com.


6)IC number - simple je..amik ic then tulis..(takkan nak ajar kan..hehe)


7)Senarai nama sekolah yang pernah korang attend. - sekolah tadika tak perlu ea..


8)Involvement and Achievements/Activities -  Pastikan yang top sekali adalah the latest achievement korang. listkan sekolah dari sekolah rendah tau..tadika TAK PERLU


9)Jawatan - Put your highest title in school.


10)Work experience. - sesiapa yang buat part time lepas SPM tu amat digalakkan.


11)Now tell us your behaviours/attitudes/manners. - describe diri macam mane..jangan bohong dan jangan over tau.. takut nnti interviewer naik mnyampah pulak..

12)Any extra info that can hook up your readers. - Erm, ni depends kat korang.


13) referees -  cannot be a family member actually. 
it has to be someone who is not related(blood-related/family) instead, a teacher/boss/someone that can confirm your academic and co-curriculum participations along with what you have written as your personal statement. (your skills/attitude etc)

saya bg contoh dari blog orang lain ni..sila tekan ----> sini 

kalau boleh bawak sekali :

1)PMR certificates.sbb kdg2 ade certain schlarships yg mnx
.
2)Slip exam akhir tahun form 4. kalau ade lah...
 
3)Slip trial SPM.both.kalau nak amik, amik yg the highest lah
.
4)IC korg, mak , and ayah.
 
5)now comes to certificates korg.( susun ikut the latest+the highest.ie:antarabangsa)
- kan banyak cara sekarang ni..mungkin korang boleh hantar by email..scan semua2 certificates ni then hantar kat email2 yg korang nak apply kerja tu .ok ataupon emailkan semua ni untuk mintak schlorship secara online ke... 

- download dulu software ni.. then kompilekan dalam satu file PDF ...

Tips kawin muda

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-


1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

 5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

 8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Saturday, 26 January 2013

RAWATAN DEMAM CARA ISLAM


APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

 
Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur-

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

 
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:

 
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

CARA TRADISIONAL HILANGKAN BATUK DAN KAHAK



Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Cara Tradisional Hilangkan Batuk dan Kahak. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)





Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1 (guna MADU)

Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam....Selamat mencuba.!!



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  2 (guna LIMAU KASTURI)

Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…




Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3 (guna BAWANG PUTIH)
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (memang agak susah bagi yg tidak sukakan bawang..tapi cubalah dulu ea..).