Saturday, 26 January 2013

CARA TRADISIONAL HILANGKAN BATUK DAN KAHAK



Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Cara Tradisional Hilangkan Batuk dan Kahak. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)





Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1 (guna MADU)

Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam....Selamat mencuba.!!



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  2 (guna LIMAU KASTURI)

Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…




Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3 (guna BAWANG PUTIH)
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (memang agak susah bagi yg tidak sukakan bawang..tapi cubalah dulu ea..).

1 comment:

  1. Tq untuk info.dah seminggu suami dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete